BAKA BERKUALITI PDRM BERINTEGRITI

Harapan Ketua Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) Kedah



Dengan wujudnya Blog baka Ipk Kedah ini saya berharap agar segala perancangan Baka meliputi seminar kepada peringkat penyelia (Pembimbing Rakan Sekerja),Bengkel Membina Jati diri/Motivasi dan aktiviti ceramah dan motivasi dapat dikongsi bersama serta dapat dilaksanakan dengan mengunakan saluran Blog ini.
Sasaran kami adalah melibatkan semua pegawai kanan ,anggota pangkat rendah,kakitangan awam,kaum ibu dan anak-anak polis.

Oleh yang demikian saya berasa amat penting sekali semua PHEI dan Pembantu Kaunselor yang berada disemua daerah perlu diberi laluan untuk memudahkan perhubungan dengan BAKA IPK, berkongsi maklumat, melihat maklumat hasil kerja ilmiah, memanjangkan ilmu berkaitan sebagai rujukan serta mendedahkan maklumat-maklumat berkaitan BAKA supaya semua peringkat boleh membaca melalui laman Blog yang telah diaktifkan ini.

Selain itu sebagai contohnya semua Doa-Doa yang dibaca dimajlis-majlis polis mahupun majlis bersama masyarakat ataupun ayat-ayat Al-Quran yang pendek (ayat Lazim) untuk dibawa kedalam solat harian contohnya boleh didapati di laman web ini ataupun artikel-artikel, maklumat persediaan temuduga atau PTK dan sebagainya boleh meningkatkan ilmu pegawai serta anggota di balai-balai polis daerah.


Sejarah Penubuhan BAKA Kedah



Pelancaran Blog BAKA Kedah

Pelancaran Blog BAKA Kedah

Intisari Blog BAKA