BAKA BERKUALITI PDRM BERINTEGRITI
Pada 20 April 2014 diadakan Kuliah mingguan bertempat di Masjid Jamek Nur Fadzilat IPK Kedah. Tajuk, Kitab penawar bagi hati ( tasauf ) disampaikan oleh Us. Hafiz Bin Mustafa tenaga pengajar dari Maahad Tarbiah, Derang.







Alor Setar - 10 April 2014 - Bertempat di sekolah Latihan polis Anak Bukit berlangsungnya Program Dekad kecermelangan akademik anak-anak polis Kontinjen Kedah yang dianjur oleh Yayasan Pengaman Malaysia dengan kerjasama Cawangan Baka, PDRM kedah.

Seramai lebih kurang 130 orang anak-anak polis telah mendaftar sebagai peserta program.

Program ini diadakan bertujuan untuk Mempertingkatkan kecemerlangan akademik, memupuk jati diri yang tinggi dan semangat setiakawan dalam diri para peserta.

Jutaan terima kasih kepada YDH Dato Zaleha Abdul Rahman Timbalan Ketua Polis Kedah yang sempat meluangkan masa bersama peserta sesi penutup dan juga kehadiran Dato Nahariah Hussein Komanden Pulapol Jalan Semarak , Datuk Robiah Abdul Ghani Ketua Eksekutif Pengaman Malaysia penganjur utama program dan Datin Noriza serta pegawai kanan polis,anggota dan kakitangan awam yang sudi hadir bersama upacara penutup program .






AL- KULIYYAH








KEM MOTIVASI SAHSIAH


KEM MOTIVASI SAHSIAH SEMPENA CUTI SEKOLAH
TARIKH 31/05/2014

TEMPAT: SLAK- SEKOLAH LATIHAN ASAS KEPOLISAN (ANAK BUKIT,KEDAH)
BAYARAN: RM35.00

UMUR: 7-17 TAHUN

SMS NAMA DAN UMUR UNTUK TEMPAHAN TEMPAT, DITALIAN:
012-4813584 (USTAZ HAFIZI)

TERHAD UNTUK 45 ORANG PESERTA SAHAJA
MAKAN,MINUM,SIJIL DISEDIAKAN.

ANJURAN OLEH UNIT KAFA BAKA IPK KEDAH
 



CERAMAH GANGGUAN SEKSUAL KEPADA GURU & PELAJAR SMK KUBANG ROTAN, ALOR SETAR, KEDAH.

ALOR SETAR,30 Mac 2014 - Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah mengadakan sesi ceramah berkaitan gangguan seksual terhadap para guru dan juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan,Alor Setar .
Program ini diketuai oleh ASP Chumil Bt Mohd Saad dari cawangan BAKA IPK Kedah merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sekolah tersebut.







ALOR SETAR , 21 Mac 2014 – Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah,Yang Di Pertuan Agung Malaysia merangkap Sultan Kedah telah berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Zahir Alor Setar.Turut hadir bersama Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah,YDH Senior DCP Dato’ Ahmad bin Ibrahim Ketua Polis Kedah, Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Kedah dan ACP Adzaman bin Mohd Jan, Ketua Polis Daerah Kota Setar.










Pelancaran Blog BAKA Kedah

Pelancaran Blog BAKA Kedah

Intisari Blog BAKA