BAKA BERKUALITI PDRM BERINTEGRITI
Changloon 13 September 2014 – Cawangan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah menganjurkan Program Outreach PDRM bersama masyarakat telah diadakan di Masjid Kg Sg Laka yang melibatkan masyarakat tempatan, Pelajar Kor SUKSIS UUM, Sintok serta Pegawai dan Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu . Program tersebut telah dirasmikan oleh YDH Senior DCP Dato’
Ahmad Bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah dengan diiringi oleh Ketua-Ketua Jabatan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Ketua Kampung serta dif-dif jemputan daripada pelbagai agensi jabatan kerajaan dan juga swasta. Di antara program yang dijalankan adalah Gotong-royong membersih kawasan Masjid dan Kubur, Ceramah Agama oleh Ust Ahmad Husam Bin Dato’ Paduka Syeikh Baderudin, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Futsal bagi kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa, Pameran-pameran daripada Jabatan Kerajaan dan Swasta, Cabutan Bertuah dan Klinik Kaunseling. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg Tuan Haji Mohd Rosli Bin Abdul Hamid selaku Iman Masjid Abidin dan juga kerana membenarkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan program kemasyrakatan di masjid berkenaan. Tidak dilupakan juga Penghulu Kampung serta Pengerusi JKKK mukim Sungai Laka, Changloon serta pihak yang terlibat. Diharap program kemasyarakatan berkenaan dapat diteruskan lagi dalam mengeratkan perhubungan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat di luar Bandar dalam menyampaikan mesej pencegahan jenayah dan mendekati masyarakat sebagai sahabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menyampaikan apa-apa maklumat.










Pelancaran Blog BAKA Kedah

Pelancaran Blog BAKA Kedah

Intisari Blog BAKA