ALOR SETAR, 5 Mei 2014 – Bertempat di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah berlangsung Forum Khas “ Kenapa Tolak Rasuah” yang melibatkan hampir 500 pegawai dan anggota dari seluruh Kontinjen Kedah. Program yang bermula jam 9.30 pagi itu turut diserikan lagi dengan kehadiran YDH Senior DCP Dato’ Ahmad Bin Ibrahim Ketua Polis Kedah,Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Kedah dan juga Ketua-Ketua Polis Daerah.Antara ahli panel yang diundang Y.BHG Profesor Madya Dato’ Dr Mohd Asri b Zainal Abidin dari Bahagian Pengajian Islam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,USM Pulau Pinang dan En. Mohd Nizam b Mohd Ali,Pengarah Sektor Swasta Institut Integriti Malaysia dan moderator forum SUPT Hamzan Bin Darus Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling Kontinjen Kedah.Program telah dirasmikan oleh YDH Senior DCP Dato’ Ahmad bin Ibrahim Ketua Polis Kedah dan berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada panel-panel jemputan dan jamuan meraikan penceramah. Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan dan kesedaran di kalangan warga PDRM terhadap bahaya rasuah kepada negara serta keburukan yang di tanggung oleh negara disebabkan perilaku yang tidak bermaruah. Perlakuan tidak berintegriti ini juga boleh menggugat kestabilan negara dan memporakperandakan sistem pendtadbiran negara. Justeru, sangat penting mewujudkan masyarakat aman dan harmoni serta bebas daripada gejala-gejala yang kurang sihat ini. Objektif program ini adalah bertujuan Memberi kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan menjaga maruah peribadi, mengambil langkah secara drastik dan holistik dengan berpegang teguh kepada prinsip zero tolerance terhadap salah laku rasuah, Membentuk pemikiran, sikap warga PDRM supaya bertindak sebagai insan yang berintegriti demi mengembalikan kepercayaan masyarakat yang sering membuat tanggapan negatif terhadap institusi PDRM, Menerapkan budaya kerja berintegriti sebagai pemangkin tranformasi daripada persepsi negatif kepada persepsi positif dan meningkatkan kredibiliti warga PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang utama Negara untuk Melahirkan warga PDRM yang bertanggungjawab, peka, prihatin dan bekerjasama.
BAKA BERKUALITI PDRM BERINTEGRITI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelancaran Blog BAKA Kedah
Intisari Blog BAKA
-
-
Ridhuan Tee dedahkan kisah benar tentang dakyah Kristian - oleh : Ustaz Dr Ridhuan Tee Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun ...
-
Sikap Dan Perubahan Sikap (Slide Ceramah Dato' Ketua Polis Kedah di INTURA pada 29/02/2012) - Sikap Dan Perubahan Sikap
-
Pegawai Kanan Polis Maut - Keadaan kereta Allahyarham Mohd. Hazam yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 419.8, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Tagar, Kuala Kubu Bh...
-
si Isteri ke si suami yang....... - Tidak sukar untuk menyelamatkan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin jika tahu mencari puncanya. Bayangkan bertahun-tahun hidup dengannya, anda ke...
-
Kekal menawan pikat suami - INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf. SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak ...
-
Doa Harian/ Keluar Bertugas/ Berhadapan dgn Penjenayah/BOS - [image: Photobucket] [image: Photobucket] [image: Photobucket] [image: Photobucket] [image: Photobucket] [image: Photobucket] [image: Photobucket] [im...
-
9 SEBAB MENGAPA HUBUNGAN TIDAK MAMPU BERTAHAN... - 1. Menipu Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuahperhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan...
-
Kebajikan PDRM Kedah - *Apabila berlaku kematian atau bencana apakah hak anda?1.Bantuan Kematian (Khairat Kematian) * *Balu/ Waris layak menerima bantuan seperti berikut: * 1...
-
BERITA - *Oleh Maiamalina Mohamed Amin**maiamalina@hmetro.com.my* KUALA LUMPUR: Berkahwin bukan hanya kerana cinta semata-mata sebaliknya perlukan ilmu agama sert...
-
-
Penumpang & Pemandu Teksi Maut rempuh Lori - Liew Chee Keong tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat mayat Liong How Yin terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 235 Lebuh Raya Utara Selata...
-
Pemimpin & Amanah (13Januari 2011) -Oleh Mufti Kedah (Video 2) - Tajuk: Pemimpin dan Amanah Penceramah: Dato' Baderuddin bin Ahmad (Mufti Kedah) Tempat : Masjid IPK Kedah Tarikh: 13 Januari 2011 Khusus Untuk: Ketua-Ketua...
-
Pembeli Ekor haram pun boleh ditangkap - *Didenda RM 3,800 beli Loteri Awam**Padah membeli Loteri Awam*Pembeli Ekor haram pun boleh ditangkap, bukan saja Taukey. Kalau Tangkap pembeli, sudah tentu...
No comments:
Post a Comment