BAKA BERKUALITI PDRM BERINTEGRITI

 IPK KEDAH – Jun 19, 2014 –Bertempat di Dewan Utama Tingkat 2 Bangunan Annex Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, telah berlansungnya Festival Nasyid PDRM Kontinjen Kedah bagi tahun 2014 yang telah dihadiri oleh YDH Senior DCP Dato’Ahmad Bin Ibrahim,Ketua Polis Kedah diiringi oleh YDH DCP Dato’ Zaleha Binti Abdul Rahman,Timbalan Ketua Polis Kedah serta dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai –pegawai, anggota dan pegawai kakitangan Awam Kontinjen Kedah.
Festival Nasyid pada tahun ini dianjurkan oleh Cawangan BAKA IPK KEDAH dengan bertemakan Bulan Ramadhan sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Sempena Festival Nasyid ini telah diadakan pertandingan nasyid yang telah disertai oleh setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di kontinjen Kedah iaitu IPD Kulim, IPD Padang Terap, IPD Bandar Baharu, IPD Kota Setar, IPD Yan, IPD Sik, IPD Kubang Pasu, IPD Kuala Muda, IPD Langkawi, IPD Pendang, IPD Baling dan juga wakil dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) turut membuat persembahan. Festival ini berlangsung seawal jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Pertandingan Nasyid pada tahun ini, telah menjadi juarai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan tempat kedua telah disandang oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar manakala Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim memperoleh tempat ketiga.Pertandingan Nasyid diadakan ini amat bermanfaat kepada pasukan kerana acara ini menguji keupayaan mental dan fizikal peserta. Selain itu,semangat berpasukan yang kental dapat menjalin kekuatan ukhwah antara ahli pasukan seterusnya menjadi pelengkap kepada prestasi penugasan dalam usaha melahirkan pegawai dan anggota PDRM yang cemerlang dan berbakat.

YDH Senior DCP Dato’ Ahmad Bin Ibrahim,Ketua Polis Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kumpulan yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid ini.Tahniah diucapkan.






















No comments:

Pelancaran Blog BAKA Kedah

Pelancaran Blog BAKA Kedah

Intisari Blog BAKA