BAKA BERKUALITI PDRM BERINTEGRITI

BICARA MUFTI BERSAMA MUFTI NEGERI KEDAH DAN WARGA PDRM KONTINJEN KEDAH




ALOR SETAR ,12 Mac 2014 – Bertempat di Masjid Jamek Nurfadzilat IPK Kedah, pihak BAKA PDRM Kedah menjemput Mufti Negeri Kedah bersama Warga PDRM Kontinjen Kedah ke majlis ilmu ' Bicara Mufti ' dan mengadakan solat sunat hajat beramai-ramai  untuk anak-anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

 

Program Outreach PDRM Kedah bersama Komuniti Kg Menerong Pokok Sena

POKOK SENA ,8 Mac 2014 – Bertempat di Masjid Kg Menerong Pokok Sena,pihak BAKA PDRM Kedah dengan kerjasama Masjid Kariah Kg Menerong dan Komuniti 1 Malaysia Mukim Bukit Lada telah menganjurkan Program Outreach PDRM Kedah bersama Komuniti Kg. Menerong Pokok Sena.Program yang bermula seawal jam 8 pagi itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat setempat berikutan terdapatnya pelbagai program kemasyarakatan antaranya gotong-royong membersihkan kawasan masjid,kenduri kampung dan juga pameran-pameran dari PDRM,Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pelbagai lagi. Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengadakan pemeriksaan percuma kepada masyarakat kampung dalam menambahkan lagi sambutan terhadap program ini.

Turut sama hadir memeriahkan lagi program ini,YDH Senior DCP Dato’ Ahmad bin Ibrahim Ketua Polis Kedah bersama isteri Datin Rodziah bin Yob Othman,Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Kedah,Ketua Polis Daerah Kota Setar dan Ketua Polis Balai Pokok Sena. Balai Polis Pokok Sena di ketuai oleh Ketua Polis Balai ,INSP Hasyim bin Abdul Hamid turut mengambil kesempatan memperkenalkan anggota-anggota Sektor Mukim Lada kepada masyarakat setempat dalam usaha menjalinkan hubungan baik diantara pihak polis dan masyarakat kampung tersebut.

Dato’ Ahmad bin Ibrahim di dalam ucapannya .beliau begitu terharu dan gembira dengan kerjasama yang baik dari semua pihak yang menjayakan program ini dan beliau berharap program-program sebegini dapat diteruskan lagi bagi menjalinkan hubungan baik diantara polis dan masyarakat dalam bersama-sama membanteras jenayah selain
mendedahkan anak-anak polis dan SUKSIS UUM dengan masyarakat kampung serta mengeratkan hubungan dua hala antara penduduk kampung dengan warga PDRM. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan solat Zuhur kira-kira jam 1.45 tengahari .






















Program 'OUT REACH', Oleh BAKA IPK, Kedah di IPD Padang Terap, Kedah 
Pada 04/03/2014 - 05/03/2014.

Ketua BAKA Supt Hamzan Bin Darus, Ketua Bahagian Agama dan Pegawai Psikologi/ Kaunseling, BAKA, IPK, Kedah bersama anggota SPDRM IPD Padang Terap.
 



 
 
Ketua Cawangan Agama BAKA ,IPK ,Kedah. Ustaz Che Amir memberikan tazkirah
 



 
Pegawai Psikologi/ Kaunseling, BAKA, IPK, Kedah, Puan Wan Su  menyampaikan Syarahan kepada  anggota SPDRM.
 
 

Program Out-Reach PDRM Kedah bersama komuniti Masjid Kampung Menerong, Daerah Pokok Sena. Pada 8 Mac 2014 (Sabtu)



Pelancaran Blog BAKA Kedah

Pelancaran Blog BAKA Kedah

Intisari Blog BAKA